Yakjuj makjuj berita dari NASA Bismillahirrahmanirrahim… WASHINGTON — Weekly World News telah
mendedahkan tentang penemuan mengejutkan
mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole
People hidup 20 batu di bawah tanah,
menggunakan terowong rahsia untuk memasuki
United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang
menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba
menyembunyikan kewujudan kaum ini dari
pengetahuan awam ..
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali
telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita
ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu
besar untuk disorok”. Sumber itu telah
mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai
Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum
yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan
mereka, tetapi ia satu kerja yang susah
memandangkan mereka tidak tahu bahasa
English”. “Mole People, sebagaimana yang kami panggil,
mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi
(surface world)”, kata sumber itu. “Dengan
demikian, President Bush mengendalikan situasi
ini dengan penuh berhati-hati. “Tersilap langkah
boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti
berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu
bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang
Mole tinggai di situ. “Tetapi ada pihak yang
menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang
Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan
dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan.
“Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki,
tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa
– setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga
seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali,
bukan seperti kuku mole” “Kulit mereka sangat
kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang
melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah
Bumi”. “Didapati bahawa terdapat perhubungan dan
interaksi di antara manusia dengan makhluk ini
suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam
bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo
Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar,
membuatkan mereka mampu bertindak ganas.
“Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu
menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu
sebagai satu ancaman dan terus menyerang belia
u”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau
bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat
dan hidup dari insiden itu”.
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka
Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan
terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan
mereka terus berpestadan bersukaria”, mengikut
kata sumber.
“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-
buahan mereka sendiri memandangkan mereka
tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu
tahu segala-galanya mengenai mereka – apa
yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan
yang paling mustahak, apakah perhubungan
mereka dengan kaum manusia”.
“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang
tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang
manusia moden hari ini secara genetiknya ?”
Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai
mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja,
dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar
Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh
dan suka berperang ataupun peramah dan
sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan
minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi?
Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya
adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah
menjumpai kaum yang hidup di bawah muka
Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun
mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan
hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White
House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah
memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa
yang terdekat”.
Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum
bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama
Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana warta
wan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip
China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.
Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan
rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di
Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak
sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber.
Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang
kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada
makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih
tidak diketahui. DARI SURAH AL KAHFI: Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-
Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya
kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain.
Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita
mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi
kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai)
segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu
jalan.
“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam
matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam
laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain,
kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat
kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain:
‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan
mengazabnya dengan azab yang tidak ada
taranya’.” (ayat 83 hingga 87) “Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga
apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur)
dia mendapati matahari itu menyinari segolongan
umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka
sesuatu yang melindunginya dari (cahaya)
matahari itu,” (ayat 89 dan 90). “Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain
lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua
gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu
suatu kaum yang hampir tidak mengerti
pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain,
sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi,
maka dapatkah kami memberikan sesuatu
pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat
dinding antara mereka?’.
Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan
Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan
alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara
kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan
besi’.
“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua
(puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah
menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata:
‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku
tuangkan ke atas besi panas itu’.
“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka
tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku,
maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia
akan menjadikannya hancur luluh; dan janji
Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).
Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain.
Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi
menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj
mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok
binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila
dunia terlalu hampir dengan kiamat..
Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ?